Thursday, 2 February 2017
Rahsia Ketiga Nak Jadi Pandai ialah ADA PERANCANGAN
RJP #3 - PERANCANGAN
===================
Setakat ini, Rahsia Jadi Pandai ada 3:
1. Ada Matlamat
2. Nakkkkk Sangat untuk capai (1)
3. Ada Perancangan atau PLAN bagaimana nak capai (1)
Steps 1 - 3 nampak LOGIK kan? Tapi kenapa RAMAI tak buat? Sungguh TAK MASUK akal bila kita fikirkan tapi inilah REALITI.
Mudah je nak tahu sama ada anak ada PLAN atau tidak.....cuba MINTAK kat anak PERANCANGAN TERPERINCI dia untuk capai apa yang dia kata dia akan dan nak dapat bila dia menjadi pandai, contohnya dengan mencapai 6A dalam UPSR.
Sesiapa yang anaknya ada DETAILED PLAN sedemikian, mohon share di sini. Saya nak publish di blog saya. Sesiapa yang anaknya TIADA PLAN, mohon bagitau juga dengan jujur dan JOM kita BANTU anak untuk BUAT PLAN tu....NAK tak tuan puan?
Nukilan,
HT Amir
Admin KBAT1M
Rahsia Jadi Pandai
1. http://kbat1m.blogspot.my/2017/02/rahsia-pertama-ialah-matlamat.html
2. http://kbat1m.blogspot.my/2017/02/rahsia-kedua-untuk-jadi-pandai-ialah.html
3. http://kbat1m.blogspot.my/2017/02/rahsia-ketiga-nak-jadi-pandai-ialah-ada.html
Wednesday, 1 February 2017
Rahsia Kedua Untuk Jadi Pandai ialah NAKKKKK SANGAT
KBAT1M - 2.2.17 - NAKKKKK SANGAT
================================
Anak yang DAH TAHU APA DIA AKAN DAPAT kalau dia jadi PANDAI, tiada masalah untuk menjawab soalan kita semalam. Dia 'NAK' jadi pandai. Dia 'NAK' berjaya.
Tapi setakat 'NAK' sahaja TAK CUKUP ya tuan puan.
Anak perlu 'NAKKKKKK SANGAT' untuk jadi pandai. 'NAKKKKKK SANGAT'. Then baru dia BOLEH berjaya.
Bagaimana nak tau atau pastikan yang anak NAKKKKKK SANGAT berjaya?
Mudah sahaja. Dia rajin BERTANYA SOALAN tentang BAGAIMANA nak BERJAYA!
Jadi cuba anda ingat semula. Bila kali TERAKHIR anak anda bertanyakan anda apa2 soalan sebegitu? Cuba anda ingat semula BILA dan APAKAH soalan dia kpd anda. Kemudian kongsikan di sini.
Nukilan,
Admin
Rahsia Jadi Pandai
1. http://kbat1m.blogspot.my/2017/02/rahsia-pertama-ialah-matlamat.html
2. http://kbat1m.blogspot.my/2017/02/rahsia-kedua-untuk-jadi-pandai-ialah.html
Rahsia Pertama Untuk Jadi Pandai ialah ADA MATLAMAT

KBAT1M - 1.2.17 - MATLAMAT
=========================
Rahsia pertama anak PANDAI dalam pelajaran ialah dia ada MATLAMAT.
Itu bahasa orang dewasa. Bahasa susah.
Dalam bahasa mudahnya ialah dia TAHU APA DIA AKAN DAPAT kalau dia jadi PANDAI. Dalam lain perkataan, dia TAHU APA DIA NAK.
Jadi, cuba anda tanya anak anda soalan ni.
"Along tau tak apa Along akan dapat kalau Along pandai belajar?"
Cuba kongsikan jawapan anak kat sini.
Nukilan,
Admin
=================================================================
Berikut adalah antara jawapan yang diberi oleh anak-anak ahli group WhatsApp KBAT1M:
*****************************************
"Anak saya ; Lulus periksa" ~ Pn Syarifah Hanim
*****************************************
"Jwpn anak puan no.1-no.3 sama 100% ngan jwpn anak sy..Ayeesha...no.4 jwpnnya disenangi guru dan kawan2..😊😊" ~ Pn Masita
*****************************************
"Jawapan anak saya haziq
Dapat ilmu dan A dlm peperiksaan." ~ Unknown
*****************************************
"Jwpan anak sy
1.anak no2(darjh5
-nak dpt A
-nak berjaya dunia akhirat
-nak jadi cikgu
-sikit sebb terpaksa 😅
2.anak no3
-nak jadi pandai
-nak berjaya dunia akhirat
-nak jadi kaya" ~ Pn Intan.
*****************************************.
Rahsia Jadi Pandai
1. http://kbat1m.blogspot.my/2017/02/rahsia-pertama-ialah-matlamat.html
2. http://kbat1m.blogspot.my/2017/02/rahsia-kedua-untuk-jadi-pandai-ialah.html
Tuesday, 31 January 2017
Idea Penubuhan Kelas Bimbingan Akademik dalam Taliaan 1 Malaysia (KBAT1M)
Alhamdulillah dikurniakan oleh Allah dengan satu lagi IDEA best....iaitu idea untuk menubuhkan Kelas Bimbingan Akademik dalam Talian 1 Malaysia ataupun singkatannya KBAT1M.
Logo KBAT1M melambangkan seorang guru tuisyen yang membimbing pelajarnya, seolah-olah beliau berada di depan pelajar tetapi sebaliknya jauh beribu batu. Yang menjadi penghubung atau perantara guru dan pelajar ialah skrin komputer tersebut.
Selain daripada itu, platform WhatsApp, FB dan Blogger digunakan sepenuhnya oleh admins KBAT1M untuk membantu para ahli mencapai matlamat yang mereka tetapkan sewaktu mereka join KBAT1M.
Yang uniknya, KBAT1M ni bukan sahaja akan membantu ibu bapa untuk mendapatkan tutors online, tetapi juga tutor secara konvensional iaitu Face To Face jika mereka mahu. Tutors pula boleh mendapatkan pelajar di sini. WIN WIN WIN untuk ibu bapa, guru dan pelajar.
Yang di bawah ini ialah IKLAN promosi KBAT1M......
Semoga inisiatif ini mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia
Aamiin
===============================================
KBAT1M (Kelas Bimbingan Akademik dalam Talian 1 Malaysia)
===============================================
WAJIB BACA jika nak anak PANDAI.
Izinkan kami, guru2 dan tutor2 yang merupakan ahli KAGUM (Kesatuan Guru Tuisyen Malaysia) untuk berkongsi sedikit ilmu yang kami ada dengan ibu bapa seluruh Malaysia.
Pertama sekali, setiap anak kita BERBEZA perhatian dan kecenderungan mereka. Pembelajaran cara lama iaitu dengan cara membaca buku sahaja sudah tidak mencukupi untuk cemerlang dalam pelajaran. Mereka perlukan medium yang pelbagai dan terkini, untuk mengeluarkan IDEA dari minda mereka. Maksudnya setiap pelajar sebenarnya banyak IDEAS. Mereka sebenarnya BIJAK. Cuma CARA mereka belajar dan mengekspresikan kepandaian mereka perlu dipelbagaikan. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan teknologi dan segala tools PAK21 (Pembelajaran Abad Ke-21)
Kami di KBAT1M menyedari hakikat ini. Maka kami ingin menjemput ibu bapa untuk mendaftarkan anak dalam Program KBAT1M yang baru sahaja dilancarkan pada 1hb Feb 2017.
KBAT1M ini amat sesuai untuk ibu bapa yang menghadapi masalah untuk menghantar anak ke pusat tuisyen tradisional atas kekangan masa. Ini kerana KBAT1M dijalankan pada masa yang fleksibel, malahan sehingga jam 12 tengah malam juga masih boleh dijalankan untuk pelajar Tingkatan 4 & 5. Oh ya, KBAT1M ini untuk pelajar2 Tahun 4 sehingga Ting 5 sahaja buat masa ini.
KBAT1M bertunjangkan program pembelajaran iLearnAce (iLA) keluaran Mindtech Education iaitu anak syarikat Sasbado Online. Sasbadi Online pula ialah anak syarikat penerbit tersohor negara kita iaitu Sasbadi Berhad. Jadi, KUALITI isi kandungan program ini yang mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia 100% ini tidak dapat disangkal lagi. Ada banyak KELEBIHAN iLA yang kami boleh kongsikan buat yang berminat.
Ringkasan tentang KBAT1M:
- Kelas Bimbingan secara online dan offline
- Kelas Bimbingan untuk Seluruh Malaysia
- Pelajar akan mendapat nota, soalan & kerjarumah dari sistem iLA
- Kos Kelas Bimbingan atas talian bergantung kepada beberapa faktor
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang KBAT1M atau iLA, bolehlah klik link berikut untuk join WA Group KBAT1M.
https://chat.whatsapp.com/EU9vKgi6mOi2Vrn6dTOmHc
Subscribe to:
Comments (Atom)




